CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

10/25/2008

Salam..
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan izin dan rahmat dariNya dapatlah saya menyempurnakan tugasan ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Siti Fatimah yang benyak mebimbing saya, serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya.Namun ribuan kemaafan dipohon kerana agak lewat menghantar tugasan ini atas sebab-sebab tertentu... Sekian..

REFLEKSI METAKOGNITIF JURNAL

Pada awalnya saya cuba memahami arahan yang diberikan iaitu:

Anda juga dikehendaki untuk mendapatkan tiga (2) artikel jurnal (satu berbentuk kajian dan satu berbentuk artikel konseptual) dalam format pdf yang diperoleh dari pangkalan data penyelidikan yang dilanggan oleh UKM yang berkaitan dengan dalam Teknologi Maklumat / ICT / komputer dan kemahiran berfikir dalam pendidikan dan jia boleh dalam pengkhususan anda (Pendidikan Islam, Pendidikan Khas) . Buat penilaian serta ringkasan kenapa artikel jurnal itu sesuai untuk dijadikan sumber rujukan berpandukan standard pemikiran yang anda pelajari dalam http://www.3metaku.com . Dalam blog anda, Tajuk artikel jurnal, nama jurnal, volume jurnal berserta dengan penilaian & ringkasan. Upload jurnal yang dipilih dalam yahoogroup ini (dalam folder masing-masing individu - dengan membuat folder Jurnal pada Files.)’

Kemudian saya mengeluarkan satu persatu isi-isi penting dalam sehelai kertas dan melakar bentuk peta minda bagi memudahkan saya memulakan langkah pencarian maklumat. Setelah memahami dengan jelas saya mencari kata kunci yang sesuai bagi memudahkan pencarian di rangkaian internet. Kemudian saya melayari laman web UKM dan menjelajah ke pautan perpustakaan Tun Sri Lanang. Seterusnya saya mula mencari di setiap pangkalan data jurnal. Pelbagai artikel jurnal muncul di paparan skrin sama ada jurnal berbentuk konseptual atau kajian. Setelah itu, saya menganalisis dan membuat penilaian pada setiap jurnal agar pemilihan memenuhi kehendak soalan. setelah berpuas hati, akhirnya saya memuat turun jurnal tersebut bersama-sama dengan tajuk artikel jurnal, nama jurnal, volume jurnal agar memenuhi kehendak soalan.

JURNAL 1

Educational Technoethics: As a Means to an End

Cort├ęs Pascual, P. (2005).

Journal, 13(1), 73-90.

Secara keseluruhanya jurnal ini menceritakan tentang teknologi dan cara komunikasi adalah satu keperluan yang beretika, yang sepatutnya dibangunkan dalam konteks pendidikan, supaya boleh digunakan secara praktikal. Idea ini menggabungkan antara dua unsur agar menjadi kenyataan dalam konsep pendidikan technoethics, iaitu nilai-nilai intrinsik termasuk teknologi dan cara komunikasi (objektif technoethics), dan mereka guna sebagai medium untuk nilai-nilai beretika. (cara technoethics).

Daripada pendekatan ini, aspek-aspek pendidikan Technoethics mesti diterapkan kepada murid- murid sekolah rendah dan sekolah menengah dengan meletakkan internet sebagai jurang dan jambatan di dalam perhubungan sosial dan dalam pembelajaran.

JURNAL 2

The Need for Integration of Technology in K-12 School Settings in Kenya, Africa

Momanyi, L., Norby, R., & Strand, S. (2006).

Journal, 14(2), 154-177.

Secara ringkasnya, artikel ini mengisahkan tentang pengguna-pengguna komputer yang dapat mengakses kemajuan dalam teknologi dengan menggunakan WWW Atau Jaringan. Bagaimanapun ada juga Negara tidak dapat mengakses untuk sumber ini. Hampir semua sekolah-sekolah seberang AS dilengkapi dengan baru teknologi-teknologi pendidikan. Namun seperti di Afrika teknologi masih belum lagi disepadukan sepenuhnya ke dalam pendidikan.

Dalam perkara ini, para pendidik memberikan pendapat dan alasan mereka untuk memperkenalkan teknologi ke dalam pendidikan di Kenya. Satu majoriti besar pengajar-pengajar memberikan respons kepada satu kajian bahawa komputer banyak memberi bantuan kepada pelajar-pelajarnya untuk belajar, dan 59% responden-responden melaporkan bahawa sekolah mereka merancang untuk membeli komputer pada tahun depan..

Penulis-penulis artikel ini merancang untuk mengkaji sama ada pendidik Kenya sedar akan pengaruh yang mendalam bahawa teknologi boleh meningkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Oleh itu satu kajian sikap-sikap ke arah teknologi dipilih secara rambang kepada para pendidik Kenya. Dan ahirnya kajian mendapati bahawa pendidik di Kenya bersetuju 88% bahawa mempunyai komputer-komputer mempunyai pelbagai sumber untuk pembelajaran.

REFLEKSI METAKOGNITIF LAMAN WEB

Pencarian laman web amat sukar untuk dikesan sekiranya tidak mendapatkan kata kunci yang tepat. Langkah saya yang pertama bagi mendapatkan laman web yang terbaik adalah dengan mengkaji kehendak soalan.

“Anda dikehendaki mencari, memilih, menilai dan mempelajari lima (5) laman-laman web yang berkaitan dengan penggunaan Teknologi Maklumat / ICT / komputer dan Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan. Jika boleh pengintegrasian dalam dalam bidang pengkhususan anda (Pendidikan Islam, Pendidikan Khas.) Lakukan penilaian serta ringkasan ke atas setiap laman web dan kenapa laman web itu sesuai untuk dijadikan sumber rujukan berpandukan standard pemikiran yang anda pelajari dalam http://www.3metaku.com . Anda dikehendaki membina blog untuk tugasan ini dan dalam blog anda, kemukakan 5 alamat laman web (URL) berserta dengan penilaian & ringkasan. Kemukakan juga langkah-langkah yang anda ambil untuk mencari, memilih dan menilai laman-laman web berkenaan (refleksi metakognitif) ”.

Berbagai pertanyaan yang bermain di kepala saya,apa yang dikehendaki? apa yang perlu saya cari? Kemudian saya cuba menyimpulkan apa yang tersirat disebalik soalan yang dikemukakan dengan membuat gambaran mental langkah-langkah yang perlu saya lakukan. Dalam proses mencari laman web yang sesuai langkah pertama, saya meramalkan di atas sehelai kertas sebanyak mungkin kata kunci yang sesuai bagi mendapatkan laman web yang dikehendaki. Kemudian saya menggunakan ejen pencarian Internet Explorer dan internet Mozilla Firefox bagi mendapatkan laman-laman web yang dikehendaki berdasarkan kata kunci yang telah saya bina seperti ICT dan KBKK serta KBKK dalam pengajaran.

Pelbagai bentuk laman web yang muncul di skrin internet, saya cuba mengenal pasti laman web yang dikehendaki oleh Dr.Siti Fatimah. selama 2 jam saya mencari akhirnya saya berjaya mengumpulkan 9 jenis laman web. Oleh kerana, soalan mengehendaki 5 laman web sahaja, jadi saya cuba membanding beza dan menganalisis setiap laman web bagi mencari laman web yang bersesuaian dengan kehendak soalan. Selepas membanding beza laman web tersebut, akhirnya saya berpuas hati dan memuat naik 5 laman web ini ke dalam blog saya.

  1. http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm
  2. http://www.freewebs.com/anuar4u/
  3. http://www.myqalam.net/didik/index.php
  4. http://tvp.moe.edu.my/
  5. http://www.ppdkmy.net/page.php?69

LAMAN WEB

Laman ini menyediakan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan penggunaan Teknologi Maklumat / ICT / komputer dan Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan khususnya dalam pendidikan Islam.Ianya bagi memudahkan pengguna yang ingin melawat laman yang berkaitan dengan cepat kerana saya membantu anda mendapatkan alamat URL untuk laman yang berkaitan dengan penggunaan Teknologi Maklumat / ICT / komputer dan Kemahiran Berfikir dalam Pendidikan. Diharapkan laman ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk mencari maklumat dengan lebih cepat..



1. KBKK ( Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif )

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Laman ini amat berguna kepada kita untuk memberi pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikir Kritis dan Kreatif secara teperinci. Ia memberi tumpuan kepada 4 kategori utama iaitu, pemikiran Kritis, pemikiran kreatif, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Ia bertujuan agar kita dapat menerapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita nanti.

Alamat URL: http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm


2. LAMAN MULTIMEDIA PENDIDIKAN

Laman ini disediakan bagi memudahkan guru untuk mendapatkan bahan-bahan multimedia dalam pendidikan dengan mudah. Laman ini menghimpunkan pelbagai bahan yang menjadi keperluan bagi Guru Pendidikan Islam. Antaranya Panduan Usrah, Koleksi Tazkirah, Perisian PC, Koleksi Doa, Seni Khat Bacaan al-Quran MP3, Koleksi Hadis 40, Permainan Flash dan banyak lagi.

Alamat URL : http://www.freewebs.com/anuar4u/


3. PERSPEKTIF BESTARI

Pembestarian sekolah merupakan salah satu strategi untuk membangunkan modal insan yang terdapat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (Perkara 5 PIPP). Pembestarian pendidikan adalah suatu proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi supaya kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan kompetensi guru meningkat.

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidik perlu mengintegrasikan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam P&P bagi melahirkan modal insan yang mampu berdikari, berdaya saring, berdaya berfikir, berdaya maju serta dapat menghadapi cabaran globalisasi pada Abad Ke-21.

Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah dapat membantu pelajar menghadapi era teknologi maklumat. Justeru, pembesatarian ini dapat melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

Laman ini menyediakan bahan-bahan berkaitan dengan program pembestarian tersebut sebagai rujukan terutama kepada para pendidik contohnya seperti model latihan bestari, power point, multimedia dan sebagainya.

Alamat URL: http://www.myqalam.net/didik/index.php


4. TV PENDIDIKAN

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) memainkan peranan yang penting dalam menyelenggarakan dan mewujudkan tv pendidikan dengan mengisi pelbagai perisian yang berkaitan dengan pelajaran dan pendidikan yang interaktif di sekolah, menyusun rancangan program tv pendidikan dan menyediakan bahan-bahan cetak yang yang berkaitan dengan pendidikan.

Antara perisian yang digunakan dalam tv pendidikan ialah Perisian Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran dan Perisian Pendidikan Berasaskan Sumber (Resource Base Educational Material) serta (supplementary and complementary Teaching Courseware). Kesemua bahan-bahan ini digunakan oleh guru-guru disekolah sepenuhnya dalam meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah.

Alamat URL : http://tvp.moe.edu.my/


5. KOLEKSI SUKATAN, HURAIAN SUKATAN, PANDUAN PENDIDIKAN ISLAM & JQAF

Selaras dengan kemajuan Teknologi Maklumat (IT) masa kini, pelbagai perubahan dan perkembangan telah berlaku di dalam masyarakat kita.

Semua maklumat kini hampir boleh dicapai melalui sentuhan hujung jari sahaja. Konsep langit terbuka dengan jaring maya telah membawa pelbagai berita dan informasi dengan pantas serta terkini. Keadaan ini telah membuka satu dimensi baru kepada kita kakitangan awam dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Dengan pengenalan rangkaian jalur lebar (broadband), segala maklumat menjadi lebih cepat, terkini dan pelbagai.

Dengan kecanggihan teknologi ini, kita tidak seharusnya lagi menoleh ke belakang dengan menggunakan kaedah dan tatacara lama dalam mengumpul dan mengemas kini maklumat. Kesinambungan itulah, maka Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan telah mengorak langkah mewujudkan e-pentadbiran bagi mempermudahkan segala urusan rasmi pejabat dengan cara mudah, murah, pantas, dan berkesan berhubung pengendalian setiap aspek pentadbiran. Dengan adanya e-pentadbiran ini, maka perancangan rapi berhubung pengurusan sumber manusia boleh dibuat dan diambil tindakan yang bersesuaian.

Disini terdapat banyak dokumen-dokumen yang terkandung dalam laman ini yang dapat membantu guru lebih-lebih lagi guru pendidikan Islam bagi mendapatkan sumber maklumat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat juga bahan P&P guru yang boleh dijadikan rujukan semua yang boleh didapati dengan hanya memuat turun sahaja.

Alamat URL : http://www.ppdkmy.net/page.php?69